Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (Leadership Course for Middle Leaders, LCML). LCML merupakan kursus untuk membangunkan kompetensi Pemimpin Pertengahan di sekolah bagi mencapai anjakan kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu mempastikan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah. Pemimpin Pertengahan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah hampir setiap hari dan adakalanya datang secara mendesak.Mereka harus menanganinya supaya proses kualiti pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu. Kursus LCML diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin pertengahan sekolah melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.