Ke Portal Kursus
Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (Leadership Course for Middle Leaders, LCML). LCML merupakan kursus untuk membangunkan kompetensi Pemimpin Pertengahan di
sekolah bagi mencapai anjakan kelima Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu mempastikan pemimpin berprestasi tinggi
di setiap sekolah. Pemimpin Pertengahan berhadapan dengan pelbagai
cabaran dan masalah hampir setiap hari dan adakalanya datang secara
mendesak.Mereka harus menanganinya supaya proses kualiti pengajaran dan
pembelajaran tidak terganggu. Kursus LCML diharapkan dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran pemimpin pertengahan sekolah melaksanakan
tugas dengan lebih berkesan.